BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Banner created with MyBannerMaker.com

Friday, January 11, 2013

STEP BY STEP EGGLESS CHOCOLATE MOIST CAKE


Bahan-bahan yang di perlukan:-

1 pek tepung kek eggless coklat moist

3/4 cawan minyak jagung daisy or minyak masak
2 1/2 cawan air panas mendidih

Cara-cara menyediakan kek coklat moist

1. ayak tepung kek coklat moist (A) 3 kali
2. masukkan minyak dan gaul rata
3. tuang air panas dan gaul sampai adunan tidak berketul-ketul

4. masukkan bahan B ke dalam adunan dan gaul sebati...Jangan lama2...

5. tuangkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Jangan buka tutup kukusan semasa proses mengukus...
6. Uji kek sama ada masak atau tidak dengan menggunakan cake tester or lidi yang dicucuk di tengah2 kek..sekiranya tidak melekat maknanya kek sudah masak...seelok-eloknya uji kek setelah di kukus selama 45 minit.

cara mengukus dengan menutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan wap air kukusan terjatuh ke atas kek.
  
7. Jika ingin membakar kek..panaskan oven pada suhu 160 drjh celcius dan bakar selama 45 minit...


 
 8. Sejukkan kek selama 15 minit dan terbalikkan kek di atas redai...


CARA MENYEDIAKAN TOPPING

1. Tuang bahan C dalam bekas tahan panas
2. Tambah 3/4 tin susu pekat manis & 1/2 cawan minyak
3. masak secara double boiler sampai pekat...
4. Sejukkan dan tuang ke atas kek
5.Hias dengan coklat rice


cara double boiler
kek versi bakar

kek versi kukus


 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...